adakah itu kebenaran.



Kadang-kadang bukan semua yang kita lihat, kita dengar dan kita baca itu benar 100%. Kita tidak boleh terus mempercayainya sebulat tepat. Perlu untuk kita selidik terlebih dahulu. Ya, kita perlu selidik.

Begitu juga aku. Bukan semua yang aku ketahui ini benar. Aku perlukan masa untuk menerimanya. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ini semua terjadi? Apa kurangnya? Apa salahnya? Kenapa mesti aku lalui? Selama ini, kisah sebegini hanya aku tonton di kaca tv, di kalangan manusia diluar. Sungguh, aku tidak sangka, aku juga akan laluinya. Sampai hati dan sanggup *** buat semua ini. Tetapi, aku tidak pasti kebenarannya. Persoalan aku masih tiada jawapan yang tepat. Jawapan masih 50-50.

Ya Allah, andai apa yang aku sangkakan ini semua salah, tunjukkan lah aku kebenarannya. dan jika apa yang andaikan ini benar, berilah petunjuk kepadanya agar mengentikan semua ini, dan kembalilah kepada asalnya. Sungguh aku mengharapkan kebahagian. Bukan perpisahan.

#masalah apa, tidak perlulah aku khabarkan. Cukuplah kau ketahui yang aku sedang ada masalah. Sungguh aku sedang beremosi.