bila sinaran itu akan timbul semula ?


Salam buat semua. Kebahagian orang lain datang tanpa henti. Ada sahaja sinaran yang datang, muncul dan hadir dalam kehidupan mereka. Tumpang gembira aku buat mereka. Tidak kurang juga yang berduka. Jangan bimbang kawan, kau pasti tabah, kau pasti boleh tempuhi semuanya dengan tenang. Aku percaya kebolehan kamu.

Tidak salah melihat orang lain bahagia kan ? Mungkin belum sampai sinaran bahagia buat aku. Benar, aku amat menantikan sinaran itu hadir dalam hidupku. Mungkin aku masih muda, masih belum matang untuk melaluinya. Tapi bukan kehidupan Hawa memerlukan Adam disisinya? Aku masih muda, masih tidak layak untuk membicarakan soalan itu.

Aku cuma berharap, yang bakal hadir nanti merupakan seorang insan yang layak untuk menjadi Khalifah bagi diriku. Seorang yang beriman dan bertakwa. Bukan memilih, mudah-mudahan aku dapat memilikinya. Akan menjadi penantian buatku.

Bukan tiada insan yang hadir, tipu aku kata tiada langsung. Ada. Jujur ada. Cuma bagi aku, mereka bukanlah menjadi teman istimewa aku. Bukanlah calon untuk aku perkenalkan. Cukuplah kita dikenal sebagai kawan. Tiada perasaan lebih. Aku mengharapkan pengertian engkau.

Lain pula cerita yang dulunya kata kita sebagai teman, dia sering berkongsi cerita suka dan dukanya. Apabila dia mencapai kebahagian, langsung diri ini dilupakan. Malah, bila kita cuba untuk menghubungi, dikatakan mengejar2 kekasih orang. Maaf, aku bukan begitu.

Aku rindu akan sesuatu, aku pasti aku rindu. Tapi apakah? Huh, diriku juga tidak dapat tafsirkan apakah itu. Aku pasti, aku sentiasa menantikan hadirlah insan itu. Aku sentiasa menantikan.

Bilakah sinaran itu akan timbul semula? Tiada siapa dapat menjawabnya, biarlah ia menjadi urusan Yang Maha Esa. Biarlah waktu dan masa itu berlalu. Biarkan ia. Suatu hari nanti, pasti akan timbul semula. Pasti, InsyaAllah :)