mungkin itu takdirnya.

setiap manusia ingin kan kebahagian, tiada siapa yang mahu kan perpisahan
( eh dah macam lagu syahir, kebahagian dalam perpisahan, hihi ) .
namun, bukan semua dapat milikinya. kerana dalam kehidupan perlukan dugaan dan cabaran.
bukan bermakna kita tidak disayangi Tuhan, malah ini semua adalah kerana Tuhan sayang kan kita.
mungkin Tuhan ada rancangan lain untuk kita, oleh itu Dia beri kita duka dahulu sebelum merasa manisnya.
 mungkin sukar untuk kita lalui semua keperitan ini, itulah guna nya kekuatan dan keyakinan diri.
dengan ada 2K ini, ia dalam melunturkan segala ketidakmungkinan dalam diri.

berbalik kepada aku, pada awalnya memang aku akui susah untuk aku terima hakikat yang dia bukan milik aku. jenuh kawan aku beri nasihat, lupakan dia. bak kata orang " cakap dimulut memang mudah, melakukan ia memang susah " seperti itulah aku sebenarnya. banyak kali aku mencuba, namun tidak pernah bertahan lama. hati wanita mudah cair dik pujuk rayu lelaki. walaupun dia sudah berpunya, aku masih boleh rapat dengannya, masih boleh keluar dengannya, masih boleh bersms, bercall2 di waktu malam bersama dengannya. masa tu, aku x pernah berfikir tentang pasangannya. lama kelamaan aku sedar, sampai bila harus aku macam ini. aku makin meningkat dewasa. oh tidak, aku harus berubah.

aku membuat keputusan yang drastik. aku stop 'hantar' msg kepada dia, aku stop call dia. aku stop tengok wall dia. yes, aku dah berjaya buat beberapa hari. aku bangga lah. hehe. aku berharap ia akan berterusan dan aku dapat lupakan dia. sudah tiba masanya untuk berubah.

terimakasihawak. saya pergi dulu.

p/s : maaf, saya buat luahan perasaan. haha, maluuuu :/ bye, assalamualaikum.