mari cuba ...

biasanya pasangan yang bercinta dan saling sayang menyayangi namun berpisah atas sebab-sebab yang tertentu pasti sukar melupakan si dia bukan??pergi kafe je,teringat saat-saat makan bersama,pergi padang,teringat waktu main bola sesama,pergi pasaraya teringat si dia sungguh caring membawa barang-barang yang dibeli,pergi karoke je teringat saat-saat menyayi lagu cinta bersama-sama dan banyak lagi la =p

 jadi, kita mesti lupakan dia. sebab dia sekarang tengah bahagia dengan orang lain. kita x payah nak gedik2 dok ingat balik zaman silam. buang karen weyhhh. panduan nya, jeng3 .....

  • kalau tiap-tiap kali online,tangan tu tak payah nak menggatal pergi jenguk blog dia ke,facebook ke,pergi stalk gambar-gambar dia ke..apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan dia...sebab bila tengok,perasaan rindu tu pasti datang balik
  • delete semua gambar-gambar yang korang pernah ambil bersama-sama dulu..tak kiralah gambar yang pergi dating ke,makan ke atau apa-apa sahaja yang menggambarkan betapa bahagianya korang dengan si dia..
  • aktifkan diri atau sibukkan diri dengan aktiviti lain bersama rakan-rakan,tak payah nak fikir lagi pasal perkara yang dah lepas tu..yang lepas tu biarlah lepas,tak payah nak dikenang lagi..jangan mengada nak duduk tepi katil,lepas tu terbayang saat-saat indah main kejar-kejar tepi kolam =p
  • simpan semua hadiah-hadiah atau gambar-gambar ketika bersama dahulu di tempat yang agak jauh dari pandangan mata kita..cth:dalam stor barang-barang....kita akan cepat lupa bila kita tidak melihat barang-barang tersebut. lagi bagus, pulangkan balik pada si dia @ buang : D
  • padam sahaja semua no.telefon,e-mel,atau apa sahaja yang boleh menghubungkan korang berdua..tetapi bagi yang masih boleh berkawan seperti biasa adalah tidak menjadi masalah..
  • cuba ingat balik apa perkara buruk yang pernah dilakukan sidia terhadap kamu..contohnya si dia suka membanding-bandingkan kamu dengan rakan-rakannya yang lain,komen tentang perangai,penampilan kamu dan sebagainya...mungkin si dia banyak sakitkan hati kamu,dengan mengingat perkara buruk tentang dirinya sudah pasti semua perkara indah-indah dapat dilupakan..
  • carilah rakan-rakan sebagai teman setia dan pendengar..jika hari minggu kamu tidak dapat diluangkan bersama si dia lagi,cuba ciptakan aktiviti hari minggu yang menaarik bersama rakan rakan seperti memancing,jogging,bermain futsal dan sebagainya..
  • sentiasa bertanya dan muhasabah diri sendiri...adakah si dia terlalu baik dan sempurna bagi anda??atau anda yakin si dia dapat memberi kebahagiaan kepada anda??kalau masa bercinta pun dah boleh buat hal macam-macam,apatah lagi berkahwin..jadi ingatlah dan yakinlah bahawa si dia bukan diciptakan untuk anda..
  • dekatkan diri dengan yang maha pencipta dan keluarga...sebagai orang islam,reda dan terima seadanya..sentiasa solat dan membaca quran pasti akan dapat menyejukkan jiwa yang kacau teringatkan kisah-kisah lama yang pastinya membuatkan anda bertambah sedih...


jangan sesekali berasa terkilan dan sedih kerana semuanya hanya sia-sia...teruskan melangkah ke hadapan dan bina hidup baru..sebenarnya jika kita sudah mempunyai pengganti yang lebih baik,sedikit sebanyak kenangan bersama si dia akan hilang dan lupus dari ingatan..selamat tinggal kenangan..ini bukan hanya sekadar melupakan bekas kekasih,namun bekas tunang atau isteri/suami juga boleh mengikuti tips ini :D

 renung2kn n slmt bramal . HAHA :)

p/s : tips di ambil dari kawan, bye assalamualaikum ...