cerita ayah ...

muka saya kelakar lah !


nama ayah Md. Ishak bin Bakri. ayah saya seorang yang tegas, garang, rajin, cepat marah. saya takut bila tengok ayah marah. sangat2 takut. garang2 ayah, ayah tetap sayang abg, saya dan adik dan mak. heeee..
saya ingat lagi, waktu saya sekolah dulu saya tinggal di asrama. saya sangat2 x suka, sebab makanan x sedap, tempat tido x best, asrama x ada tv! tapi ayah x bagi keluar atau pindah. saya kena juga duduk. kalau hari khamis saya puasa, saya mesti minta ayah datang hantar lauk. walaupun bukan mak yang masak, ayah beli dekat luar. saya x kisah, janji ayah datang, hehe, saya memang mengada2 sikit :)
ayah x pernah datang majlis report card, ayah selalu sibuk. tapi ayah akan datang minggu depan untuk jumpa cikgu. ayah x pernah datang majlis2 yang sekolah saya buat, ayah kata ayah malas, ayah nak pegi kebun. hmmm, yela.. tapi ayah akan datang majlis bacaan yassin untuk exam saya. walaupun ayah datang lewat, ayah akan pastikan dia datang. masa result pmr keluar, ayah x marah pun sebab teruk. ayah suruh usha lagi, lepas ni spm plak, ayah saya baik lah ! kemudian, masa result spm keluar pula, ayah kata, x apa la, ini je yang mampu acik buat, lepas ni masuk la mana2. saya tahu, ayah kecewa. aqilah minta maaf. kemudian aqilah minta semua tempat.

Alhamdulillah, aqilah dapat sambung belajar dekat politeknik shah alam. ayah kata amik je la, x payah tunggu tempat lain. senang tau, dekat je. saya terima je. mmg betul pon cakap ayah. ayah selalu pesan, belajar betul2, acik bukan dekat sekolah lagi, acik dekat poli dah. cara belajar lain. usha lebih. baik ayah :) saya ingat lagi, masa saya sem 1 saya kena amik subjek statistik. uhh, susah sangat. 1 hari tu ada test, saya rasa saya boleh jawab. bila dapat markah, saya tengok saya gagal. Ya Allah, sedih nya saya masa tu, orang lain semua happy, sebab lulus. saya hantar msg dekat ayah, ayah kata x apa, cuba lagi. InsyaAllah lulus lain kali, banyak kan study lagi. ayah x marah pon. masa saya sedih, ayah x pernah marah saya. ayah selalu bagi semangat. dan saya tahu, masa tu ayah mesti sedih. bila final exam, saya mesti tepon ayah, ayah akan doakan saya. bila result keluar saya tunjuk ayah, semua lulus, cuma pointer x tinggi je, ayah suruh usaha lagi. x boleh terlalu gembira dengan pointer macam ni je. baik ayah :)

masa cuti sem 2, saya ada masa 2 bulan untuk berehat. ayah suruh amik lesen kereta. hmm, saya takut, tapi sebab ayah dan mak paksa, saya amik juga lah. lepas habis class je, ayah mesti tanya, macam mana? boleh bawak dah. hehe, apalah ayah ni. acik baru belajar bengkel la, belum masuk dalam kereta lagi. lepas saya mula belajar pandu, hari2 ayah tanya, macam mana. hehe :) bila test jpj, saya gagal. ayah x marah, ayah gelak kan je, ayah kata, x apa lah, ulang la balik sementara masih cuti lagi. saya cakap, saya x nak. sebab nak dekat 900 lebih ayah bayar untuk buat lesen ni, ayah kata x apa lah, jangan risau pasal duit, acik amik je, janji lulus. ayah siap suruh amik class tambahan lagi, dah la 1 jam rm30. saya amik 4 jam. pehh, mmg banyak duit ayah keluar. tapi ayah x kisah pon. ujian jpj kali kedua saya lulus. saya tengok ayah tersenyum lebar. mesti dia bangga dapat anak macam saya. hehe :)

ayah, ayah lah ayah paling hebat bagi aqilah. semua kerja ayah pandai. ayah kalau masak x pernah x sedap. kalau bulan puasa, ayah balik kerja awal, mesti dia nak masak something walaupun masa tu lauk mak masak dah banyak. ayah pandai buat air jus. dan ayah selalu buat manis2. mak selalu marah :) walaupun ayah banyak kerja kat pejabat, ayah masih lagi nak pegi kebun. kalau ada orang nak jual tanah, ayah mesti nak beli. bila saya tanya buat apa ayah beli tanah banyak2. ayah akan jawab, biarlah ayah beli, ini semua nanti untuk korang adik beradik. selama ni, ayah bekerja siang malam, metting sana sini, semua nya nak cari duit untuk korang adik beradik dan mak. sayang ayah.

" Ya Allah, aku bersyukur pada Mu kerana telah mengurniakan ayah pada kami sekeluarga. Ayah telah bersusah payah selama ini untuk menyara kami. Ayah x pernah kenal erti penat dalam mencari rezekiMu Ya Allah. Kalau dulu hidup kami susah, kini Alhamdulillah. Dengan rezeki yang Kau kurniakan pada ayah, kami dapat hidup dengan lebih selesa. Tiada apa yang ku inginkan, melainkan dapat melihat ayah hidup dengan selesa, kesihatan yang sempurna, umur yang panjang. ku mohon pada Mu Ya Allah. Izinkan lah ayah terus kan hidup nya, izinkan lah ayah agar dapat melihat kami adik beradik kahwin. Izinkan lah ayah dapat melihat dan bermain bersama cucu2 nya. Sungguh Ya Allah, ayah selalu ingin kan ini semua. Lindungilah ayah di mana saja ayah berada. Selamatkan lah ayah dari segala marabahaya. Peringatkan lah ayah, andai ayah leka mengejar duniawi. Berkati lah kehidupan ayah di dunia mahupun di akhirat. Aku bermohon padaMU Ya Allah ..."