botak ku !!!




KUALA LUMPUR, 10 MEI 2011: Sebelum tersingkir daripada Akademi Fantasia 9 lagi,nama Afif atau Ahmad Aliff Afif Tirmizie, 25, pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 4, Salima atau Nur Salima Habibi, 23. Malah, dia juga dikatakan pernah bertunang dengan bintang AF4 tersebut.

Bagi mendapatkan kesahihan tentang perkara tersebut, murai.com.my berpeluang menemubual tuan punya badan, Afif AF9. Ternyata, walaupun pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima, namun Afif AF9, dengan tegasnya telah menafikan bahawa ikatan pertunangan sama sekali tidak pernah wujud di antara mereka berdua.

"Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim 9. Kebiasannya ketika menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, saya akan selalu akan menganggap kekasih saya itulah yang terakhir.
"Jadi, perancangan untuk melangkah ke satu step lain iaitu dengan menjalinkan ikatan pertungan masa itu, memanglah ada. Cuma, ianya tak kesampaian kerana mungkin di antara kami, tiada keserasian dan saya redha dengan ketentuan jodoh dariNya," jelas Afif AF9 kepada murai.com.my
Musykil dengan berita yang dibangkitkan itu, Afif merasakan gosipnya bertunang dengan Salima AF4 itu mungkin timbul disebabkan hubungan yang rapat terjalin antara kedua-dua belah keluarganya dengan Salima ketika mereka bercinta.

"Saya pun pelik juga macam mana cerita ini boleh timbul. Padahal saya dah pun putus sejak lebih kurang empat bulan yang lalu tetapi macam-macam pula orang boleh bangkitkan cerita ini pula.
"Saya rasa mungkin ianya disebabkan hubungan Salima dan emak saya yang agak rapat. Salima selalu datang ke rumah berjumpa dengan emak saya dan mereka memang rapat. Dia selalu menemani emak saya kerana emak saya seorang ibu tunggal,"tambahnya lagi.

Biarpun Afif pernah merasakan Salima antara wanita yang terakhir bertakhta di hatinya, namun kini dia terpaksa akur apabila hatinya sudah mula terpaut pada seorang gadis kelahiran Kulai, Johor yang baru dikenalinya.

"Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah," kata bekas bintang MyStar LG ini.

Afif mula mengenali gadis berusia 23 tahun itu ketika dia menjadi jurucakap dalam seminar perniagaan AC Konsortium yang pernah diceburinya sebelum menjadi pelajar Akademi Fantasia.


p/s : cepat nya dia jumpa yg baru !!! copy from murai.com